Bulan Ramadan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Iaitu Ramadan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka. Solat Sunat Tarawih merupakan Amalan di Bulan Ramadan yang sangat dituntut (sunat muakkad) bagi orang-orang islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadah puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya.
Bagi yang mengerjakan ibadah puasa tetapi tidak mengerjakan Solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadan tetapi tidak melengkapkannya dengan Solat Sunat Tarawih
Pengertian Solat Sunat Tarawih
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum disambung semula.
IKLAN : Dapatkan Ebook Kurus 10KG dalam masa 1 bulan atau PM PROF HARIZ Untuk Harga Istimewa
Qiamu Ramadhan
Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam.
Dalil Solat Sunat Tarawih
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih
“Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini (ma’muman/imaaman) lillahi ta’aalaa”
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih
ProfHariz : Semoga Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadan ini dapat membantu anda semua untuk mengerjakan Amalan di Bulan Ramadan dan boleh juga rujuk Niat Puasa Ramadan dan Doa Berbuka Puasa.
Anda Mungkin Meminati
The post Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan appeared first on Prof Hariz.