Kenapa Doa Tidak Diterima oleh Allah ? Pertama mari kita lihat apa itu Syirik?
Syirik bukan mesti ambil 2 berhala letak di depan mata tetapi syirik ialah menyeru selain Allah.
Apa makna “Iyyaka Na’budu wa Iyyakan Nasta’in” yang dibaca sehari lebih 10x ? Saya mohon untuk anda cari (Al-Faatihah 1:5)

Sumber gambar : anindaserunai
Sebab itu ramai orang tidak mustajab doa dia. Disamping solat hajat, solat apa, cari bomoh dia. Disamping itu ini, cari dan dia dengar cerita wali apa semua pi dia tanya kepada mereka kenapa Allah tidak memustajabkan doa dia? KERANA DIA SYIRIK KEPADA ALLAH.
Seseorang yang membulatkan perasaannya kepada “Iyyaka Na’budu wa Iyyakan Nasta’in“. TUHAN TIDAK PERNAH MENSIA-SIAKANNYA. DEMI TUHAN. TUHAN TIDAK MENSIA-SIAKANNYA.
Setiap doa itu akan hadir dalam hidup insan. Lambat atau pun cepat, menjelma dalam pelbagai cara dan rupa yang dikehendaki oleh ALLAH Subhanahu wa ta’ala.
Selalu kita lupa bahawa, sebahagian daripada hidup kita ini adalah doa kita yang telah kita lupa pun. Dalam kita menghadapi masalah kita kata “habislah lah aku” dan kita memohon “Ya Allah tolonglah aku” dan hari ini kita berada di sini telah pun lupa berpuluh-puluh masalah yang kita telah lalui dalam hidup ini dan kita telah keluar semua masalah oleh rahmat Allah Azza Wajalla tidak kerana bomoh, wali-wali semua tetapi oleh Allah Azza Wajalla.
MashaAllah. Allah. Allah. Allah.
Anda Mungkin Meminati
The post Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan appeared first on Prof Hariz.